Asap kelihatan dari kawasan letupan kuari di Kadapa. foto Agensi

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 10 pekerja dipercayai terbunuh dalam letupan di kuari di selatan Andhra Pardesh.

Lima mayat pula telah dikenalpasti.

Kejadian itu berlaku di Kampung Mamillapalle di daerah Kadapa, kira-kira 291 kilometer di barat daya Amaravati, bandar utama Andhra Pradesh.

“Pagi ini letupan berlaku di sebuah kuari batu kapur selepas peledak meletup secara tidak sengaja. Beberapa orang terbunuh dan mayat berserakan di kawasan berbukit,” kata polis.

“Pencarian masih diteruskan dan mangsa-mangsa yang terlibat adalah pekerja kuari,” katanya. – MalaysiaGazette