Status perkembangan terkini COVID-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Foto SYAFIQ AMBAK, 08 MEI 2021.

PUTRAJAYA – Jumlah positif harian Covid-19 hari ini merekodkan sebanyak 4,519 kes jangkitan, lima hari menjelangnya sambutan Hari Raya Aidilfiti

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak lima kes adalah import manakala 4,514 lagi merupakan penularan tempatan.

Menurutnya, seramai 3,964 indvidu yang positif adalah warganegara dan 550 lagi bukan warganegara.

“Kes sembuh baharu hari ini pula direkodkan sebanyak 4,519 atau 436,944 kes,” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19, hari ini.

Katanya lagi, sebanyak 393 kes kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu 210 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dr Noor Hisham juga dengan dukacita dimaklumkan terdapat 25 kes kematian baharu menjadikan jumlah kumulatif yang meninggal dunia akibat Covid-19 iaitu 1,657 kes. – MalaysiaGazette