Muhammad Hanif Jamaluddin. foto Twitter

SHAH ALAM- Dewan Pemuda Pas Selangor (DPPNS) menafikan laporan beberapa portal berita yang mendakwa Hanafi Zulkapli berada dalam keadaan kritikal di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Setiausaha DPPNS Muhammad Hanif Jamaluddin berkata, Ketua Pemuda Pas negeri itu dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh pada Khamis lepas ekoran lemah susulan demam yang berterusan sejak beliau mula dimasukkan ke pusat kuarantin.

“Alhamdulillah, setakat ini Ustaz Hanafi dalam keadaan baik, cuma sedikit lemah sebab masih demam.

“Maklumat tempoh hari yang mengatakan beliau kritikal tidak tepat, cuma badan beliau lemah sebab demam berterusan dari hari mula masuk MAEPS,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Muhammad Hanif berkata, setakat ini, isteri dan empat anak Hanafi juga sedang menjalani kuarantin di rumah mereka.

Sebelum ini, beberapa portal berita melaporkan Hanafi berada dalam keadaan kritikal selepas positif COVID-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast