Seorang lelaki ditahan polis selepas menampar seorang imam ketika solat Subuh berjemaah di di Masjid Baitul Ar'sy semalam.

PEKANBARU – Seorang lelaki ditahan polis selepas menampar seorang imam ketika solat Subuh berjemaah di di Masjid Baitul Ar’sy semalam.

Jajaran Kepolisian Resort Kota Pekanbaru, Indonesia berkata, lelaki berkenaan kini ditahan pihaknya untuk siasatan, lapor portal Republika.

Lelaki berkenaan berusia 41 tahun dan seorang warga tempatan dan rakaman video kamera litar tertutup mengenainya tular di media sosial.

Menurut polis, kejadian berlaku ketika jemaah melaksanakan rakaat kedua dan lelaki itu tiba-tiba memasuki masjid dan melintasi barisan jemaah sebelum menghampiri imam.

Imam terbabit, Zuhri Ashari berkata, lelaki berkenaan memukul belakangnya terlebih dahulu.

“Suaranya keras dan selepas itu dia langsung menampar saya. Spontan saya mundur dan jemaah langsung memegang lelaki tersebut,” katanya.

Hasil siasatan awal mendapati, lelaki berkenaan merupakan pesakit mental berdasarkan kad yang ada padanya.- MalaysiaGazette