Bayern Munich menjulamng gelaran Bundesliga Jerman ke-9 berturut-turut selepas menang menentang Borussia dalam aksi domestik semalam.

BERLIN – Bayern Munich dinobatkan sebagai juara Bundesliga untuk musim kesembilan berturut-turut dengan pesaing terdekat, RB Leipzig pula tewas di tangan Borussia Dortmund.

Bayern berpesta gol dengan membelasah Borussia Monchengladbach 9-0 yang menyaksikan Robert Lewandowski melakar hatrik.

Thomas Muller dan Kingsley Coman turut menyumbang gol pada perlawanan tersebut.

Pada separuh masa pertama, Bayern meledakkan empat gol

Pada perlawanan itu, pemain gantian Bayern berusia 18 tahun , Tanguy Nianzou dilayangkan kad merah.- MalaysiaGazette