worst scenario new Variant of Concern VOC Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah at a news conference on the Covid-19 updates in the country. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 08 MAY 2021. Covid-19 new daily cases
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kes positif baharu Covid-19 kembali di bawah 4,000 kes apabila 3,733 kes direkodkan di seluruh negara hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan wabak itu setakat ini, 440,677 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, daripada jumlah itu Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,278 diikuti Sarawak dengan 454 kes dan Johor (365) dan Kuala Lumpur sebanyak 338 kes.

Sebanyak 338 kes dicatatkan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang (280), Kelantan (254), Negeri Sembilan (205), Kedah (176), Pahang (100), Perak (80), Melaka (66), Sabah (61), Terengganu (49) dan Putrajaya sebanyak 20 kes.

“Sementara itu, Labuan mencatatkan enam kes dan Perlis hanya satu kes,” katanya di laman Facebook miliknya di sini hari ini.

Noor Hisham menambah, sebanyak 26 kes kematian dilaporkan yang melibatkan 25 warga negara dan bakinya bukan warga negara.

Jelas beliau, jumlah kes sembuh baharu pula sebanyak 3,211 kes manakala jumlah kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 416 kes.

“Sebanyak 13 kluster baharu telah dikenal pasti dan jumlah kluster kluster aktif pula sebanyak 436 kluster,” katanya. – MalaysiaGazette