Hafiz Ariffin.

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan serangan Israel terhadap umat Islam Palestin yang sedang beribadah adalah tindakan keji dan tidak berperikemanusiaan.

Exconya, Hafiz Ariffin berkata, tindakan itu menujukkan betapa zalimnya tentera penjajah Israel serta pendatang haram Yahudi itu.

Kata beliau, ini kerana di saat umat Islam sedang beribadah di 10 malam terakhir Ramadan, mereka menyerang dan menceroboh Masjid suci Al-Aqsa tanpa sedikit pun malu serta hormat terhadap Islam dan masyarakat dunia.

Dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya 170 orang rakyat Palestin tercedera dalam serangan tersebut.

“Inilah wajah sebenar Israel. Tidak lekang dari tindakan tidak bertamadun dan rakus mencabuli hak rakyat Palestin bagi memiliki sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

“Pendirian Malaysia melalui YB Menteri Luar Negeri yang mahu Israel dipertanggungjawabkan kerana telah mencabuli hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa mesti turut menjadi pendirian setiap negara di seluruh dunia.

“Tindakan pengusiran secara besar-besaran secara paksa oleh Israel boleh membawa kepada “jenayah perang” bedasarkan amaran yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hafiz yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sembrong berkata, Israel tidak boleh terus diberi muka.

“Mereka boleh menafikan sebanyak mana yang mereka mahu namun hakikatnya mereka tetap penceroboh dan pendatang haram di bumi Palestin.

“Sebab itu, perjuangan rakyat Palestin untuk mengecapi kebebasan mutlak mesti juga menjadi perjuangan sejagat,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Fatah perlu tendang keluar Jerusalem dari Palestine untuk bangsa Yahudi dari Israel seperti Umno tendang keluar Singapore dari Malaysia untuk bangsa cina dari Tanah Besar China.

  2. Syabas Azeris ambil balik Nagorno-Karabah selepas sekian lama PBB tak boleh diharap.

Comments are closed.