Foto Facebook UiTM FC.

KUALA LUMPUR – Perlawanan Liga Super Malaysia di antara UiTM bertemu Kuala Lumpur City semalam yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 menimbulkan kontroversi mengenai gol minit akhir oleh Shukor Adan.

Ini kerana Kuala Lumpur City telah menjaringkan gol penyamaan yang boleh diibaratkan seperti gol ‘Hand of God’ yang dilakukan Diego Maradona pada perlawanan Piala Dunia 1986.
Walaupun pengadil perlawanan, Mohd. Shahrizan Mohamad Solihim berada pada posisi yang boleh dianggap terbaik untuk melihat insiden itu namun beliau gagal membuat keputusan tepat mengenai kesahihan gol itu.
Jaringan tersebut telah disahkan dan apa yang lebih menarik komisioner memberikan laporan gol tersebut dijaringkan oleh Shukor Adan.
Daripada ulang tayang rakaman, bola seperti terkena tangan Shukor Adan terlebih dahulu dan pengadil mampu memberikan keputusan tepat kerana dia berada pada posisi di ‘D-Box’.

Apa pun yang berlaku, keputusan telah dibuat dan selepas ini pastinya Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu meneliti kembali video perlawanan dan mengeluarkan penjelasan mengenai isu ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast