Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan mesyuarat tergempar esok atas permintaan Palestin ekoran kejadian serangan Israel di Al-Quds.

JEDDAH – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan mesyuarat tergempar esok atas permintaan Palestin ekoran kejadian serangan Israel di Al-Quds.

Mesyuarat tergempar itu akan diadakan setiap peringkat perwakilan.

Menurut laporan Saudi Press Agency, pertemuan itu juga bagi membincangkan rancangan Israel untuk memindahkan puluhan keluarga Palestin secara paksa dari kediaman mereka di kawasan Sheikh Jarrah.

Mesyuarat itu akan membincangkan serangan berterusan di tempat suci, terutama Masjid Al-Aqsa dan serangan terhadap para jemaah. – MalaysiaGazette