Pengusaha, Noor Ashraf Mashal Khan memasukkan beras pulut susu ke dalam periuk kera yang telah dibersihkan di Ampang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 11 MEI 2021.

Biarpun pelbagai juadah istimewa Aidilfitri seperti ketupat, kuah kacang, rendang dan lodeh dihidangkan namun pulut yang dimasak di dalam kelongsong periuk kera sudah pasti mencuri tumpuan tetamu yang datang berkunjung.

Justeru tidak dapat dinafikan lemang periuk kera kini semakin popular dan menjadi antara menu istimewa di pagi Syawal.

Bagi pengusaha Lemang Periuk Kera Ampang, Noor Ashraf Mashal Khan, 45, dia tidak menyangka keunikan lemang yang diperkenalkan sejak tahun 2017 itu semakin mendapat tempat di hati pelanggan.

“Saya dan isteri, Roziefa Abu Bakar memulakan perniagaan menjual lemang buluh sejak tahun 2009 lagi dan kira-kira empat tahun lalu baru lah kami mula buat lemang periuk kera.

“Memang tak sangka sambutan begitu menggalakkan diterima daripada pelanggan setiap tahun kerana lemang periuk kera yang kami sediakan memang istimewa kerana kepala santan yang tebal serta rasanya yang lemak masin,” katanya.

Jelas Noor Ashraf, kelongsong periuk kera yang dibeli dari orang Asli di negeri Pahang itu boleh bertahan kira-kira dua minggu jika disimpan dengan elok dan terhindar dari cuaca yang panas.

Berkongsi mengenai keenakan lemang periuk kera, Noor Ashraf berkata, bahan yang perlu diberi keutamaan adalah perahan santan kelapa muda yang tidak dicampur dengan air.

Jelas Noor Ashraf, santan yang dicampur dengan kuantiti air yang terlalu banyak boleh menjejaskan tekstur lemang serta kelongsong periuk kera akan melekat pada pulut apabila siap dikukus.

“Bahan-bahan yang kita gunakan sudah tentu pulut susu, susu cair dan campuran garam secukup rasa.

“Menjelang hari raya kita boleh jual sehingga 2,000 biji dan sehingga tamat bulan Syawal pula kebiasannya kira-kira 10,000 biji,” ujarnya.

Menurut Noor Ashraf, sekilogram lemang periuk kera dijual pada harga RM35 manakala setengah kilo pula RM20 selain turut dipek bersama rendang daging.

Kerja-kerja membersihkan periuk kera perlu dibuat dengan teliti bagi menjaga kualiti lemang periuk kera tersebut di Ampang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 11 MEI 2021.
Pengusaha, Noor Ashraf Mashal Khan memasukkan beras pulut susu ke dalam periuk kera yang telah dibersihkan di Ampang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 11 MEI 2021.
Pengusaha, Noor Ashraf Mashal Khan memasukkan beras pulut susu ke dalam periuk kera yang telah dibersihkan di Ampang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 11 MEI 2021.
Pengusaha, Noor Ashraf Mashal Khan memasukkan susu cair dan campuran garam secukup rasa ke dalam lemang periuk kera untuk memberi rasa enak dan berlemak apabila siap dimasak di Ampang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 11 MEI 2021.
Pengusaha, Noor Ashraf Mashal Khan memeriksa lemang periuk kera yang telah dikukus selama dua jam bagi mendapatkan kualiti yang terbaik di Ampang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 11 MEI 2021.
Lemang periuk kera kini semakin popular dan menjadi antara menu istimewa di pagi Syawal di Ampang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 11 MEI 2021.
Pengusaha, Roziefa Abu Bakar menjual lemang periuk kera kepada pelanggannya yang telah ditempah di Ampang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 11 MEI 2021.
Pengusaha, Roziefa Abu Bakar membungkus lemang periuk kera yang telah ditempah pelanggannya di Ampang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 11 MEI 2021.
Pengusaha, Roziefa Abu Bakar membuat sukatan lemang periuk kera seberat satu kilo mengikut tempahan pelanggannya di Ampang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 11 MEI 2021.
Orang ramai yang hadir untuk mengambil lemang periuk kera tempahan mereka di Ampang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 11 MEI 2021.
Pengusaha, Roziefa Abu Bakar menggunakan perkhidmatan Food Panda untuk menghantar tempahan lemang periuk kera kepada pelanggannya di Ampang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 11 MEI 2021.
Pengusaha, Roziefa Abu Bakar menerima tempahan lemang periuk kera yang telah habis dijual sehingga 1 Syawal di Ampang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 11 MEI 2021.
Lemang periuk kera kini semakin popular dan menjadi antara menu istimewa di pagi Syawal di Ampang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 11 MEI 2021.
Pengusaha, Noor Ashraf Mashal Khan bersama isterinya, Roziefa Abu Bakar menunjukkan lemang periuk kera yang telah siap dikukus dan tersedia untuk dihidang di Ampang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 11 MEI 2021.