KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Khamis ini, 13 Mei 2021.
Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu 5 Jun 2019,” katanya.
Hari Raya Aidilfitri tahun ini masih disambut dalam norma baharu susulan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara mulai 12 Mei sehingga 7 Jun ini. – MalaysiaGazette