Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Foto SYAFIQ AMBAK, 08 MEI 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,765 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Selangor terus mencatat peningkatan kes tertinggi dengan 2,082 kes.

“Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,765 kes (453,222 kes) seperti yang dijangkakan. Ia mungkin mencecah 5,000 kes pada pertengahan bulan ini.

“Selangor dengan 2,082, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 540, Sarawak 405, Johor 348, Kelantan 297, Pulau Pinang 259, Kedah 226, Perak 172, Negeri Sembilan 122, Melaka 110, Sabah 70, Pahang 63, Terengganu 60, Labuan 6, Putrajaya 4, dan Perlis 1 kes,” kata Dr Noor Hisham.

Kes baharu berkenaan menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 dalam negara kini adalah 453,222 kes.

Lagi menyusul…

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast