Dr Najmil Faiz Mohamed Aris menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf.

KUALA LUMPUR – Yayasan Kebajikan Ihsan (YKI) memberi sumbangan kepada 172 daripada golongan asnaf yang terkesan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa hari ini.

Pengerusi YKI, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris, berkata bantuan wang tunai itu juga disalurkan bagi membantu golongan berkenaan membuat persiapan menyambut Aidilfitri esok.

Beliau turut menasihati penerima agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membantu usaha kerajaan menangani penularan pandemik Covid-19 ketika musim perayaan.

“Pelaksanaan PKP termasuk larangan merentas negeri dan daerah dilakukan kerajaan bertujuan membendung penularan pandemik Covid-19 kalangan komuniti.

“Kita dimaklumkan ada yang berduka dengan pelaksanaan PKP dan larangan merentas negeri serta daerah, tetapi dalam masa sama masyarakat perlu faham kepentingan bersama menjaga keselamatan dan kesihatan,” katanya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu selepas mengagihkan bantuan kepada golongan asnaf, hari ini.

Pada program itu, seramai 56 golongan asnaf daripada kawasan Dewan Undangan negeri (DUN) Wakaf Mempelam, DUN Bandar (31), DUN Ladang (43) dan 42 daripada DUN Batu Burok menerima bantuan wang tunai yang berjumlah keseluruhan sebanyak RM35,000. – MalaysiaGazette

Yayasan Kebajikan Ihsan (YKI) memberi sumbangan kepada 172 daripada golongan asnaf yang terkesan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa hari ini.