worst scenario new Variant of Concern VOC Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah at a news conference on the Covid-19 updates in the country. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 08 MAY 2021. Covid-19 new daily cases
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Sebanyak 4,855 kes baharu positif Covid-19 dengan 3,347 kes sembuh dilaporkaan hari ini.

Berikutan itu, jumlah kumulatif jangkitan meningkat kepada 458,077 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 4,855 kes baharu, tiga adalah kes import membabitkan warga asing manakala kes tempatan adalah 4,852 kes dan 358 daripadanya bukan warganegara.

Kata beliau, jumlah kes aktif adalah 41,582 kes manakala kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 481 kes dan sebanyak 247 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Laporan kes harian mengikut negeri menyaksikan Selangor terus mengungguli carta kes harian tertinggi negara iaitu 1,783 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (521 kes), Johor merekodkan 467 kes manakala Sarawak dan Pulau Pinang masing-masing 395 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, setakat 24 jam lalu, kes kematian kekal dua digit iaitu 27 kes berbanding 39 kematian semalam yang menyaksikan jumlah kumulatif meningkat kepada 1,788 kes.

Ujarnya, kesemua 27 kes kematian itu melibatkan lapan kes di Selangor, lima kes di Johor, tiga di Kelantan dan masing-masing dua kes di Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sarawak dan Pulau Pinang dan masing-masing satu kes di Perak, Pahang dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Kesemua mangsa meninggal dunia adalah warga tempatan berusia lingkungan antara 37 hingga 83 tahun manakala 18 merupakan lelaki dan sembilan merupakan wanita.

“Kesemua mangsa mempunyai penyakit kronik obesiti, penyakit darah tinggi, kencing manis, jantung dan buah pinggang kronik,” katanya. – MalaysiaGazette