5,738 new Covid-19 cases have been recorded today and shifted the cumulative Covid-19 tally to 678,764 cases Covid-19 deaths Rt value
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kes positif COVID-19 harian tidak menunjukkan tanda-tanda reda sebaliknya bertambah 4,113 pesakit setakat hingga tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu  menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia sebanyak 462,190 kes.

Jelasnya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula ialah 41,471 dengan 482 orang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 250 memerlukan bantuan pernafasan.

“Hari ini jumlah kes Covid-19 yang sembuh ialah 4,190 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 418,897 kes.

“Daripada jumlah kes baharu terdapat satu kes import yang mendapat jangkitan luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah 4,112 kes ,” katanya dalam kenyataan media harian sebentar tadi.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 34 kematian Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan bertambah kepada 1,822 setakat hari ini.

Noor Hisham berkata, Selangor masih merekodkan jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 1,269 kes, diikuti Sarawak dengan 533 kes, Kelantan (371), Johor (335) dan Kuala Lumpur (306).

Perlis dan Labuan masing-masing lima dan enam kes.

Selain itu, pecahan negeri lain seperti berikut; Kelantan (371), Johor (335), Kuala Lumpur (306), Pulau Pinang (266), Kedah (228), Pahang (178), Terengganu (165),

Manakala negeri Perak mencatatkan (147), Negeri Sembilan (124), Melaka (107), Sabah (53), Putrajaya (20), Labuan (6) dan Perlis (5). – MalaysiaGazette