Wong Sai Wan

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarang The Malay Mail, Datuk Wong Sai Wan meninggal dunia awal pagi tadi ketika sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Subang Jaya di sini hari ini.

Menurut laporan berita, beliau meninggal dunia selepas diserang sakit jantung.

Beliau yang berusia 59 dilaporkan telah dikejarkan hospital berkenaan oleh keluarga selepas mengadu tidak sihat.

Wartawan veteran itu sememangnya mempunyai sejarah sakit jantung dan kali terakhir mendapat serangan November tahun lalu.

Mendiang telah memulakan karier wartawannya pada awal tahun 1980-an di akhbar The Star, malah pernah menjadi koresponden akhbar tersebut di Hong Kong.

Beliau yang berasal dari Negeri Sembilan pernah menyandang jawatan Pengarang Eksekutif sebelum dilantik menjadi Ketua Pengarang The Malay Mail. -MalaysiaGazette