KUALA LUMPUR – Hanya Kemaman dan Hulu Terengganu sahaja menjadi Zon Hijau dalam taburan kes Covid-19 di Semenanjung.

Kedua-duanya merekodkan sifar kes dalam tempoh 14 hari sejak 30 April sehingga semalam.

Manakala Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Pulau Pinang dan Melaka berada dalam zon merah.

Selangor merekodkan 17,734 kes, Kuala Lumpur 5,275, Putrajaya 118, Pulau Pinang 3,405 dan Melaka 959.

Di Kedah, daerah Pendang, Padang Terap, Langkawi, Sik dan Yan berada dalam zon kuning manakala yang lain zon merah.

Di Kelantan, semua daerah zon merah, kecuali Gua Musang zon kuning dengan 14 kes Covid-17.

Kelantan merekodkan 4,950 kes Covid-19.

Pahang pula mencatatkan 871 kes Covid-19 dengan kes tertinggi di Kuantan dengan 422, diikuti Raub 189, Bentong 106 an Temerloh 55.

Lain-lain daerah berada dalam zon kuning kecuali Rompin, zon jingga yang merekodkan 23 kes.

Johor pula menyaksikan 3,947 kes Covid-19, hanya Mersing sahaja berada dalam zon kuning dengan 12 kes.

Negeri Sembilan yang merekodkan 1,526 kes menunjukkan dua kawasan zon kuning iaitu Jelebu dan Kuala Pilah dan satu zon jingga di Jelebu.

Seremban, Rembau dan Port Dickosn dalam zon merah.

Di Perak hanya Perak Tengah dan Kampar dalam zon kuning dan Kuala Kangsar zon jingga.

Sembilan daerah lain zon merah.

Perlis yang merekodkan 11 kes masih dalam zon kuning.

Menurut Kementerian Kesihatan, Malaysia merekodkan 51,463 kes aktif.

Sarawak juga merekodkan dua kawasan zon hijau iaitu Kabong dan Telang Usan manakala 10 lagi kawasan zon kuning serta Julau pula dalam zon jingga.

Negeri ini merekodkan 7,098 kes Covid-19.

Dalam pada itu, Sabah merekodkan 1,074 kes Covid-19 dengan tujuh kawasan zon hijau dan Semporna pula dalam zon jingga.

Labuan dengan 35 kes dalam zon jingga. – MalaysiaGazette