Bekas pegawai Kanan Polis JSJK Bukit Aman, datuk kamaruddin Mat Desa disiasat kerana mengingkari SOP menerima tetamu polis dan menjamu raya dalam hari pertama sambutan raya di kediamannya tular di media sosial.

SHAH ALAM – Polis Shah Alam sedang menjalankan siasatan terhadap dua laporan polis ke atas tindakan bekas Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman yang mempelawa dan mengadakan jamuan raya untuk enam tetamu polis di kediamannya pada hari raya Aidilfitri pertama.

Kejadian 13 Mei itu yang dianggap melanggar prosedur operasi standard PKP telah viral dan menerima kritikan netizen menerusi dua posting yang telah dimuat naik oleh pesara polis berkenaan iaitu Datuk Kamaruddin Mat Desa sendiri dalam akaun Twitter peribadinya beserta gambar menjamu selera dengan tetamu-tetamunya.

Pemilik akaun Twitter bernama Tun Don@senseiiix meletakkan komen mengenai posting bekas pegawai kanan polis itu yang berbunyi “Kalau mcmni mcmana kira ni?. Kalau kita confirmkan kena saman?. Aku tanya jer.”.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner, Baharudin Mat Taib berkata ,Kamaruddin Mat Desa memuat naik posting itu dalam akaun facebooknya iaitu Kamaruddin Mat Desa dan Twitter https://twiter.com/senseiiix/status/1393175700731953153/photo/1.

Katanya di dalam posting tersebut terdapat kenyataan berbunyi “Assalamu’laikum… Berdasarkan kpd kereta parking depan rumah…ada 6 buah…menunjukkan ada tetamu…Pasokan peronda BP sec 6 Shah Alam yg menyelia dan memantau S.O.P telah menjengok rumah kami utk membuat pemeriksaan….Mereka dapati anak2 yg tinggal di dlm daerah ini juga…balik dari semlm lagi…Terlanjur dah sampai…saya pelawa untuk makan lemang dan ketupat….terima kasih kerana sudi menyantuni saya….Pegawai dan anggota polis pun manusia biasa juga yg ada perasaan….yg ada pertimbangan…”.

“Pemilik akaun Facebook tersebut merupakan Kamarudin Mat Desa iaitu bekas pegawai Kanan Polis (Pesara Polis) yang telah bersara pada tahun 2007 dan jawatan terakhir ialah Timbalan Pengarah JSJK Bukit Aman.

“Terdapat gambar yang dimuatturun dalam akaun Facebook beliau yang telah tersebar sehingga ke laman Twitter,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan tengahari tadi.

Menurut beliau, berdasarkan gambar yang dimuatnaik kelihatan enam orang polis dari Balai Polis Seksyen 6 yang sedang menikmati juadah dan gambar tersebut dirakamkan pada hari raya pertama.

Ujarnya, pada hari kejadian pihak polis sedang menjalankan pemeriksaan di rumah Kamaruddin atas tugas pemantauan Ops Covid-9 memandangkan terdapat enam buah kereta yang diletakkan di kawasan rumah tersebut.

“Siasatan kini dijalankan dibawah Per.17 P.U (A) 225/2021 (Melanggar SOP PKP) dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2,000.00 ke atas pengunjung dan RM10,000 untuk pemilik rumah.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dalam kadar segera,” katanya – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast