Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 44 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan ia sebagai angka kes harian tertinggi pesakit yang meninggal dunia setakat ini.

Ketua Pengarah kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan jumlah itu menjadikan angka kematian akibat Covid-19 di negara ini sebanyak 1,866 kes.

Bagi kes sembuh baharu pula, jumlah yang pulih hari ini adalah sebanyak 3,432 menjadikan jumlah sembuh keseluruhan 422,329.

Bagaimanapun, terdapat 42,135 kes aktif dilaporkan yang mana jumlah kes yang sedang menerima rawatan di Pusat Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 503 dengan 277 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Terdahulu, Noor Hisham menerusi Facebook memaklumkan sebanyak 4,140 kes positif baharu direkodkan hari ini.

Daripada jumlah itu sebanyak 4,131 adalah daripada penularan tempatan manakal sembilan lagi kes import. – MalaysiaGazette