Hatrik Torres membantu man City menundukkan Newcastle United dalam aksi EPL awal pagi tadi

LONDON – Hatrik Ferran Torres membantu Manchester City bangkit dua kali dari ketinggalan gol sebelum menang 4-3 ke atas Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris 9EPL) awal pagi tadi.

Tuan rumah beraksi secara teratur dan berhati-hati ketika menentang anak buah Pep Guardiola.

Hasilnya, Newcastle membuka jaringan menerusi Emil Krafth pada minit ke-25 hasil sepakan penjuru Jonjo Shelvey.

Bagaimanapun City selaku juara baharu EPL bangkit menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Joao Cancelo pada minit ke-39.

Torres mengejutkan tuan rumah dengan gol pada minit ke-42, bagaimanapun pada minit terakhir separuh masa pertama Joelinton berjaya membantu mengikat kedudukan 2-2 menerusi sepakan penalti.

Newcastle selaku tuan rumah nampaknya tidak mahu menyerah kalah kepada juara baharu EPL itu, terus memberikan tentangan sengit di gawang lawan.

Di separuh masa kedua, Newcastle tidak mengambil masa yang lama untuk sekali lagi mengejutkan anak buah Pep apabila Wilcock meletakkan pasukannya di hadapan menerusi gol ketiga pada minit ke-62.

Pun begitu Torres bertindak pantas mengubah permainan apabila berjaya meledakkan gol penyamaan 3-3 pada minit ke64 untuk Manchester City.

Man City terus menyerang gawang tuan rumah dan dua minit kemudian Torres menjaringkan gol keempat pasukannya pada minit ke-64, sekali gus mengesahkan kemenangan untuk pasukannya.-MalaysiaGazette