KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 3,780 kes baharu Covid-19 hari ini dengan Selangor masih lagi kekal mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ketika ini jumlah keseluruhan kes positif di negara ini sebanyak 470,110 kes setakat tengah hari ini.

Jelasnya, Selangor masih lagi mencatatkan kes empat angka apabila sebanyak 1,275 kes positif baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri itu sebanyak 153,663.

Katanya, ia disusuli Sarawak dengan 405 kes, Kedah (363), Kelantan (368) dan Kuala Lumpur (342).

Selain daripada itu, Johor pula mencatat Johor (224), Pulau Pinang (187), Pahang (159), Melaka (122), Perak (115), Sabah (87), Negri Sembilan (70), Terengganu (58), Labuan (7), Putrajaya (7) dan Perlis (2). -MalaysiaGazette

BERITA LANJUT MENYUSUL