Seorang penunggang motosikal maut setelah terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 58, Jalan Jementah - Muar kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

BATU PAHAT – Seramai 13 individu yang ditahan sejak Khamis lepas bagi membantu siasatan kerana disyaki terbabit dalam kejadian rusuhan di Parit Raja di sini, yang tular dalam laman sosial, telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata kesemua mereka dibebaskan kira-kira 11.30 pagi tadi selepas pegawai penyiasat selesai melakukan siasatan, manakala tujuh lagi individu masih ditahan sehingga esok bagi membantu siasatan.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 144 Kanun Keseksaan, Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan (1957),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata mereka juga bakal berdepan siasatan terhadap kesalahan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan ) (Pindaan) 2021 dan juga Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Penahanan kesemua lelaki berusia 16 hingga 28 tahun tersebut susulan maklumat orang awam mengenai penemuan kain rentang bertulis “Kerajaan Gagal” di sebuah jejantas di kawasan itu pada 13 Mei lepas, selain sebuah video tular menunjukkan perhimpunan, nyalaan suar dan kejadian menaikkan kain rentang tanpa mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan.- BERNAMA