Dua bintang Leicester City, Hamza Choudhury dan Wesley Fofana mengibarkan bendera Palestin selepas menjulang Piala FA bersama the Foxes selepas menewaskan Chelsea awal pagi tadi di Stadium Wembley.

LONDON – Dua bintang Leicester City, Hamza Choudhury dan Wesley Fofana mengibarkan bendera Palestin selepas menjulang Piala FA bersama the Foxes selepas menewaskan Chelsea awal pagi tadi di Stadium Wembley.

Ia sebagai tanda solidiri terhadap kekejaman  ke atas rakyat Palestin daripada rejim Israel semasa sambutan Hari Lebaran.

Ia merupakan piala pertama dalam tempoh 137 tahun dimenangi the Foxes. hasil rembatan jauh Youri Tielemans sekaligus gol penyamaan Chelsea ditolak sistem VAR.

Kedua-dua pemain itu memegang bendera Palestin sambil berjalan mengelilingi padang di hadapan lebih 20,000 penyokong yang meraikan mereka di Wembley malam semalam.

Justeru, Choudhury  menyarung badan dengan bendera Palestin sambil mengutip pingat Piala FA yang diberikan dalam majlis di tepi padang.

Choudhury mengutip pingat PIala FA dengan memakai bendera Palestin di badannya sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang dibedil dengan bom di Gaza oleh Israel.

Semasa mesej meraikan kemenangan itu, kedua-dua pemain itu kelihatan memegang bendera Palestin.

Pemain itu mendakwa ia adalah tanda solidaritinya kepada rakyat Palestin yang menderita akibat kekejaman rejim Israel dengan peluru berpandu memusnahkan harta benda dan nyawa kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa semasa sambutan Eid Mubarak.

Sekurang-kurangnya 126 rakyat Palestin terbunuh di Gaza termasuk 31 kanak-kanak dan 20 wanita.

Beberapa bintang sukan memuat naik mesej menyokong rakyat Palestin dengan pemain tengah Arsenal menciap dalam twitternya “Sokongan dan hati saya sentiasa bersama rakyat Palestin”.-MalaysiaGazette