MGNews: Malaysia Sedia Hantar Pasukan Pengaman Ke Palestin – Ismail Sabri

Malaysia sedia menghantar pasukan pengaman ke Palestin jika diminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia tidak boleh membuat keputusan secara bersendiri untuk menghantar misi ke Timur Tengah susulan konflik antara Palestin dan Israel kerana terikat dengan undang-undang antarabangsa.