Tiga kereta yang ditemui dicuri dalam Op Lejang #malaysiagazette

KUALA LUMPUR – Dua lelaki yang ditahan polis dalam Op Lejang baru-baru ini berjaya menemukan tiga buah kenderaan yang dilaporkan hilang di kawasan Kepong.

Tiga kereta itu ialah sebuah motokar jenis Mazda 323, Proton Iswara dan Proton Wira dengan nilai rampasan RM50,000

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, hasil siasatan mendapati modus operandi (MO) sindiket tersebut adalah mencuri kereta dan meninggalkannya di tepi jalan tanpa menukar nombor pendaftaran sementara menunggu masa yang sesuai untuk meleraikan komponennya.

Kemudian komponen dijual di pelbagai kedai barangan lusuh yang berasingan terutamanya di sekitar kawasan Batu Caves Selangor.

Eng Lai berkata, kedua-dua suspek yang ditangkap mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah lampau dan telah direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul bermula daripada 10 Mei hingga 17 Mei ini  dan akan disambung reman bagi membantu siasatan.

Dengan tertangkapnya anggota sindiket itu, polis Sentul berjaya menyelesaikan tujuh kes kecurian kenderaan yang dilaporkan, yang mana enam kes di kawasan Kuala Lumpur dan satu kes lagi di negeri Selangor. – MalaysiaGazette