KUALA LUMPUR – Jumlah positif Covid-19 dalam negara terus meningkat dengan merekodkan kes harian sebanyak 4,865 kes hari ini.

Angka hari ini  meningkat sebanyak 419 kes berbanding semalam, sekali gus menjadikan keseluruhan kes setakat ini sebanyak 479,421.

Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan kes jangkitan Covid-19 di Selangor kekal tertinggi iaitu 1,743 kes pada hari ini berbanding 1,650 kes semalam.

Ia diikuti dengan Sarawak sebanyak 512 dan Johor sebanyak 407 kes.

“Negeri Sabah (95),  Kuala Lumpur (477),  Pulau Pinang (220), Negeri Sembilan (149), Kelantan (406), Perak (160).

Manakala Kedah 244 kes. Melaka  (127), Pahang (152),  Terengganu (156) dan Putrajaya (9).

Perlis dan Labuan yang sifar kes semalam, masing-masing merekodkan dua dan enam kes hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast