Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke mahkamah bagi mendengar rayuan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Istana Kehakiman, Putrajaya .Foto SYAFIQ AMBAK, 18 MEI 2021.

PUTRAJAYA – Prosiding rayuan kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC) yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak selesai hari ini selepas 15 hari perbicaraan berlangsung.

Sejurus selepas kedua-dua pihak selesai berhujah pada jam 2.30 petang tadi, Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil memutuskan untuk menetapkan tarikh membuat keputusan.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membuat kajian dengan penuh ketelitian dan saya rasa ini adalah salah satu rayuan yang telah memakan masa agak lama berbanding dengan rayuan-rayuan yang lain.

“Memandangkan rayuan ini melibatkan isu dan perkara yang amat penting seperti yang dihujahkan oleh kedua-dua belah pihak, kami memerlukan masa untuk membuat pertimbangan untuk membuat keputusan terhadap rayuan ini.

“Kami akan memaklumkan pihak-pihak akan tarikh apabila kami bersedia dengan keputusan ini ” katanya.

Selain Abdul Karim turut bersidang ialah Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V. Sithambaram.

Pada 28 Julai tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib, bagaimanapun hukuman itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan dibuat bagi membatalkannya.

Berikutan itu Najib memohon untuk membatalkan sabitan dan hukuman tersebut.

Peguam, Tan Sri Shafie Abdullah hadir ke mahkamah bagi mendengar rayuan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd membabitkan perbicaraan anak guamnya, Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto SYAFIQ AMBAK, 18 MEI 2021.

Ketika mengemukakan, peguam Muhammad Shafee Abdullah berkata, Mohd Nazlan dari awal lagi tidak sepatutnya memanggil Najib untuk membela diri malah keputusan itu adalah salah (misdirection).

Beliau berpendapat, hakim yang jauh lebih berpengalaman dalam kes jenayah sepatutnya mendengar dan membuat keputusan dalam prosiding SRC.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V.Sithambaram dalam hujahannya berkata, segala hujah yang dikemukakan pihak pembelaan adalah bersifat after thought (terkemudian) – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Sekiranya hakim yang berpengalaman dengan kes jenayah mengadili kes sivil maka hakim kes jenayah akan buang kes sivil sekiranya terdapat sebarang keraguan. Sebaliknya, hakim kes sivil takkan buang sesuatu kes sivil yang meragukan, tetapi meneliti sesuatu bukti tuduhan dalam kes sivil itu sama ada lebih sikit atau tidak daripada 50 peratus or by the preponderance of the evidence.

  2. Kat Malaysia ni dah tak de hakim jenayah ke sampai kena import hakim sivil utk bicara jenayah?

Comments are closed.