single shot Covid-19 vaccine US regulators have formally approved the single-shot Johnson & Johnson (J&J) coronavirus vaccine, the third jab to be authorised in the country.
Australia mempercepatkan pengambilan dos penggalak. - Gambar hiasan.

QUEENSLAND – Satu pasukan saintis di Australia mendakwa mampu mengembangkan rawatan antivirus ‘mendiamkan gen’ yang dapat membunuh Covid-19 secara efektif.

Prof Nigel McMillan dan pasukannya dari Institut Kesihatan Menzies di Universiti Griffith, bersama para saintis dari pusat penyelidikan City of Hope di Amerika Syarikat mengatakan pendekatan antivirus “generasi masa depan” itu dapat menghentikan virus daripada paru-paru.

Prof. McMillan berkata, ujian klinikal tahap 1 mendedahkan rawatan antivirus mengurangkan viral paru-paru tikus sebanyak 99.99 peratus.

Teknologi baru ini menggunakan RNA gangguan kecil (siRNA) untuk menyerang genom virus secara langsung, menghentikan virus daripada mereplikasi.

Nanopartikel lipid yang dirancang di Universiti Griffith dan City of Hope akan digunakan sebagai kenderaan penyampaian ubat untuk menyampaikan siRNA ke paru-paru.

McMillan menegaskan rawatan terbukti sangat berkesan dalam ujian tikus.

“Nanopartikel siluman ini dapat dikirim ke berbagai sel paru-paru dan ‘mendiamkan’ gen virus.”

Nanopartikel disuntikkan ke dalam aliran darah dan menuju lurus ke paru-paru, masuk ke “hampir setiap sel paru-paru”.

“Di mana ada virus, ia akan menemuinya, mengikat genom dan memusnahkannya,” katanya kepada ABC News.

Beliau menggambarkan proses itu seperti mengeluarkan mesin dari kereta dan apabila kereta tidak akan bergerak, virus Covid-19 mati dan tidak lagi menular.

“Ia juga tidak melakukan apa-apa pada sel normal,” katanya sambil menambah ia berkesan terhadap semua varian baharu Covid-19.

McMillan memberitahu, kajian haiwan itu memberangsangkan kerana ia membolehkan sistem kekebalan tubuh dan membersihkan semuanya selain memberi penawar yang terbaik.

Rawatan itu dapat dijalankan pada semua virus betacoronavirus termasuk virus SARS yang asli, SARS-CoV-2 (virus yang menyebabkan Covid-19) dan varian baru yang mungkin muncul di masa depan .

“Kami juga telah menunjukkan bahawa nanopartikel ini stabil pada suhu empat darjah selsius elama 12 bulan dan pada suhu bilik lebih dari satu bulan yang bermaksud agen ini dapat digunakan dalam keadaan sumber rendah untuk merawat pesakit yang dijangkiti,” katanya.

Pasukan saintis tersebut berharap dapat melangkah ke tahap percubaan akhir tahun ini dan jika terbukti berkesan, pasukan itu akan bersedia mengkomersialkannya menjelang 2022.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Malaysia pun patut ada satu kumpulan yang khusus buat penyelidikan penyakit ini. Bukan lah semuanya ditugaskan untok merawat pesakit. Pengarah kesihatan patut sedar hal ini dan bertindak wajar.

  2. Masalahnya bila seorang itu hanya tahu bercakap tetapi kurang beri perhatian kepada pandangan orang lain yg mereka anggap bukan pakar kerana tiada PhD. Bukan semua yg bergelar Prof PhD bijak mengalahkan Nabi dan tahu semua segalanya kerana kepandaian mereka hanya 90%.
    Kalau betul2 pakar2 kesihatan awam bijak atau pandai mereka sudah berjaya cipta dalam penyelidikan serta berjaya merawat pesakit atau masyarakat amnya.
    Ini kerana mereka hanya banyak bicara kat media sosial tetapi kesan pertuturan mereka tidak banyak menyumbang kepada kesembuhan pesakit..Tengok gaji mereka setiap bulan

  3. Tiap tahun, berpuluh juta bagi duit kat universiti utk kajian sains….universiti plak tak habis2 heboh pingat emas sana sini…tp bila ada masalah mcm Covid ni, saintis2 kat universiti di Malaysia langsung tak berguna..buat habis duit rakyat jaaa

Comments are closed.