KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,075 kes baharu dilapor hari ini dan Selangor rekod kes tertinggi dengan 2,251 kes.

Angka itu dipercayai hasil ujian saringan besar-besaran yang dijalankan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Selangor telah memulakan Fasa Mitigasi Wabak Pandemik Covid019 bagi mengenal pasti kes aktif.

Ia susulan trend kes Covid-19 yang tinggi di Selangor.

Program itu dilakukan di enam daerah iaitu di Hulu Langat, Gombak, Petaling, Klang, Sepang dan Hulu Langat bermula 8 Mei hingga 4 Jun ini.

Jumlah itu menambah kes jangkitan harian Covid-19 kepada 6,075 – tertinggi yang pernah direkodkan di Malaysia sejak hari pertama penularan virus tersebut.

Jumlah kes harian COVID-19 tertinggi yang pernah dilaporkan di Malaysia sebelum ini adalah sebanyak 5,728 kes iaitu pada 30 Januari lalu.

Ia menjadikan kumulatif kes dalam negara setakat ini adalah 485, 496 kes atau 89.8 peratus.

Daripada jumlah 6,075 kes baharu hari ini, 6,072 adalah tempatan membabitkan 5,452 atau 89.8 peratus adalah warganegara dan selebihnya warga asing sementara itu tiga lagi adalah kes import (seorang tempatan dan dua warga asing).

Daripada jumlah 2,251 kes di Selangor atau 37.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes baharu sejak 24 jam lalu,sebanyak 1,481 kes (65.8 peratus) adalah daripada saringan kontak rapat, 467 kes (20.7 peratus) adalah daripada lain-lain saringan, 302 kes (13.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster, dan satu (1) kes import dari luar negara.

Johor pula berada di tempat kedua dengan 699 kes, Kuala Lumpur (660), Kedah (445) dan Kelantan (441).

Manakala Sarawak 323, Perak (220), Terengganu (203),Negeri Sembilan (189), Pulau Pinang (183), Sabah (160) dan Pahang (150).

Melaka (122), Labuan (14). Putrajaya (9) dan Perlis (6). – MalaysiaGazette