Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria.

KUALA LUMPUR – Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, disahkan positif Covid-19 dan kini masih dalam rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim, ketika dihubungi BH Online melalui WhatsApp, mengesahkan perkara itu hari ini.

“Tan Sri (Harussani) masih menerima rawatan di HRPB. Mohon doa dari semua. Saya hanya boleh sahkan beliau masih dirawat di HRPB. Berkenaan (dakwaan) beliau memerlukan bantuan oksigen dan sebagainya, (maka) itu perlu dirujuk kepada ahli keluarganya,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu diminta maklum balas mengenai mesej yang viral menerusi WhatsApp berkenaan Harussani yang dijangkiti wabak itu.

Mesej itu antara lain menyatakan Harussani disahkan positif Covid-19 sejak 11 Mei lalu dan memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas, namun dalam keadaan beliau masih sedar.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Macam mana hanya beliau sahaja yang dijangkiti virus manakala isteri dan ahli-ahli keluarga nya tidak dijangkiti virus, pelik, kan?

Comments are closed.