Persatuan Pemaju-Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) Selangor menyambut baik saranan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih ketat tetapi perlu membenarkan semua perniagaan beroperasi dalam tempoh berkenaan.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Persatuan Pemaju-Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) Selangor menyambut baik saranan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih ketat tetapi perlu membenarkan semua perniagaan beroperasi dalam tempoh berkenaan.

Pengerusinya, Datuk Ho Hon Sang berkata, industri-industri seperti hartanah, pembinaan, pengilangan dan sektor-sektor perkhidmatan lain sedang dalam usaha untuk pulih.

Justeru katanya, momentum pemulihan itu tidak harus diganggu.

“Sebarang penutupan aktiviti ekonomi akan menyebabkan kerugian pendapatan dan kewangan. Ini akan menyebabkan gangguan terhadap semua industri dan kehidupan ramai orang.

“Bagaimanapun, kami mengalu-alukan perniagaan-perniagaan yang memilih untuk menggantung operasi mereka semasa PKP penuh,” katanya dalam satu kenyataan.- MalaysiaGazette