Guru SK Bukit Kapar, Umi Kalthum Mohd Adam mengajar anak-anaknya sambil melihat Ucapan Khas Hari Guru oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena sambutan Hari Guru ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Taman Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 16 MEI 2021. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bagi meraikan sambutan Hari Guru 2021 Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengadakan Pertandingan Fotografi Inspirasi bermula 16 Mei dan tamat pada 26 Mei ini.

Ketua Biro Publisiti Gerakan, Koo Shiaw Lee berkata, tujuan peraduan tersebut diadakan ekoran daripada pandemik Covid-19 yang melanda negara dan sekaligus menjadi tahun ke-2 Hari Guru di Malaysia tidak dapat disambut seperti biasa.

“Jadi peraduan ini sebagai tanda kita semua menghargai dan mengenang jasa guru yang mendidik kita daripada kecil hingga dewasa. Tanpa guru tiadalah lahir pemimpin-pemimpin negara yang hebat di Malaysia.

“Orang ramai yang mempunyai gambar berswafoto atau ‘selfie’ dengan guru mereka layak menyertai peraduan ini. Gambar tidak kira sama ada yang terkini atau lama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Setiap peserta yang ingin menyertai harus mengisi maklumat dengan lengkap pada borang online yang disediakan.

Peserta juga berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM200 sekiranya diumumkan sebagai pemenang pada pertandingan yang julung kali diadakan oleh Parti GERAKAN ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast