Anggota Polis Daerah Tawau membuat sekatan jalan raya bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di laluan jalan Tawau ke Semporna, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 18 SEPTEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Balik kampungĀ  sempena Hari Raya dari Labuan merupakan penyebab tercetusnya kluster baharu di Tawau dan Kuala Penyu.

Ini mengakibatkan kes positif Covid-19 di Sabah yang direkodkan pada hari ini sebanyak 189 kes.

Ditambah dengan kes yang ada dan kluster baharu itu, beberapa kawasan mencatatkan lonjakan kes termasuklah Tawau (66), Kota Kinabalu (34), Penampang (16), Kunak (16), Kalabakan (11) dan Beaufort (10).

Sementara itu, Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun dilaporkan berkata, kerajaan negeri akan melaksanakan larangan rentas negeri bermula 24 Mei ini.

Tindakan itu diambil berikutan peningkatan kes secara mendadak di negeri berkenaan sejak tiga hari lalu.

Jelasnya, larangan tersebut diawalkan tiga hari berbanding jadual asal yang sepatutnya bermula 27 Mei.

Menurut Masidi, tempoh penguatkuasaan larangan itu turut dilanjutkan hingga 7 Jun 2021 depan berbanding hingga 3 Jun yang diumumkan beliau sebelum ini.

Sabah hanya melaksanakan larangan rentas zon yang bermula 17 Mei lalu selepas seminggu larangan rentas daerah sepanjang sambutan Aidilfitri, bermula 10 Mei lalu.

Ketika ini, Sabah hanya melaksanakan larangan rentas zon bermula 17 Mei lalu selepas seminggu larangan rentas daerah sepanjang sambutan Aidilfitri, bermula 10 Mei lalu.

Menerusi sekatan pergerakan mengikut zon, kerajaan negeri menetapkan hanya enam zon di seluruh negeri yang dikenakan sekatan merentas, namun pergerakan antara dearah dalam zon yang sama dibenarkan.

Pelaksanaan larangan rentas daerah pula dikuatkuasakan di semua daerah, kecuali Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan yang dikategorikan sebagai satu daerah.-MalaysiaGazette