logo polis
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pemilik akaun Facebook N9 Radar untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai untuk memberi keterangan mengenai kenyataannya yang mencetuskan kekeliruan kepada orang awam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pihaknya telah memulakan siasatan berhubung kenyataan tersebut.

Siasatan diklasifikasi di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana kenyataan menyebabkan kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian perkhidmatan.

Mohd Fazley menjelaskan Nilai 3 berada di dalam kawasan pentadbirannya yang terletak di Negeri Sembilan, bukan Selangor.

Beliau turut menasihatkan orang ramai tidak memuatnaik atau berkongsi apa-apa kenyataan atau berita tidak benar di laman sosial. – MalaysiaGazette