Agong decree The Perikatan Nasional (PN) government is aware of the opinion of Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah as communicated through a statement by Istana Negara on 16 June 2021.
Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR, 23 Mei — Usaha membantu rakyat khususnya dalam menangani kesan pandemik COVID-19 akan menjadi tumpuan Belanjawan 2022, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kalau ada duit kita akan gunakan berapa ratus bilion pun untuk bantu rakyat dan itu akan datang, Insya-Allah,” katanya dalam Bicara Khas Cabaran Pandemik COVID-19 eksklusif bersama Perdana Menteri yang disiarkan di RTM dan Bernama TV malam ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan ketika ini telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu semua kumpulan rentan yang terkesan berikutan COVID-19.

“Bantuan itu masih berjalan supaya kesan daripada pandemik dan kawalan ketat (SOP) yang dikenakan tidaklah membawa kesan yang terlalu ketara sampai rakyat hidup dalam keadaan susah, papa kedana… saya tak suka dengar itu.

“Sebagai Perdana Menteri saya berasa sedih dan sebab itu kita tolong seberapa yang boleh dan termampu,” katanya. – MalaysiaGazette