Lille mencipta sejarah menamatkan dominasi PSG dalam Ligue 11 sejak 2013.

PERANCIS – Lille merangkul kejuaraan Ligue 1 buat kali pertama sejak 2011, sekali gus menamatkan dominasi Paris Saint-Germain (PSG) yang terpaksa berpuas hati selaku naib juara.

Lille mencipta sejarah menamatkan dominasi PSG dalam Ligue 11 sejak 2013 walaupun musim lalu hanya menamatkan saingan di tangga keempat.

PSG melakar kemenangan 2-0 di Brest, namun tewas kepada Lille menerusi satu mata menerusi emenangan 2-1 ke atas Angers pagi tadi selepas mengharungi 38 perlawanan yang penuh drama dan sengit.

Perlawanan berlangsung secara tertutup akibat pandemik Covid-19 namun ia tidak menghalang penyokong membanjiri jalan raya di Lille bagi meraikan kejayaan itu.

Penyokong menyalakan suar dan menyanyi di Place Charles de Gaulle, bandar selatan Perancis bagi meraikan kejayaan bersejarah menewaskan PSG,  lawan yang lebih kaya dan gah.

Mereka berjaya menjadi pendahulu carta sebanyak 18 minggu daripada 37 minggu kempen berbanding sembilan mingguoleh PSG dan tiga minggu oleh Lyon.

Pengurus Lille, Christophe Galtier tidak mampu meluahkan kata kata ketika pasukannya memenangi perlawanan ke-38 liga untuk mengesahkan kejuaraan mereka selepas 10 tahun.

Pada 2017, Galtier mengambil alih Lille yang ketika itu bertarung dengan zon penyingkiran. – MalaysiaGazette