Kenyataan JHEAIPP berhubung penangguhan kebenaran berkahwin di Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menangguhkan permohonan kebenaran berkahwin di negeri itu mulai esok.

JHEAIPP dalam satu kenyataan berkata, akad nikah bagi pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin saja akan dilakukan mengikut ketetapan jadual yang diberikan.

“Permohonan kebenaran kahwin, pendaftaran nikah, cerai dan rujuk ditangguhkan bermula esok sehingga satu tarikh dimaklumkan kelak.

“Bagi permohonan cabutan sijil perakuan nikah, cerai dan rujuk pula dibuka, namun perlu melalui proses temu janji terlebih dahulu.

“Bayaran bagi cabutan sijil perakuan nikah, cerai, rujuk serta kursus pra perkahwinan hanya diterima pada hari Isnin dan Rabu sahaja,” jelas JHEAIPP dalam kenyataan itu.

Tambah JHEAIPP, perkhidmatan khidmat nasihat dilakukan secara online menerusia e-mel serta panggilan telefon.

“Selain itu, temuduga khas menggantikan kursus pra perkahwinan juga dibuat secara online,” ujarnya. – MalaysiaGazette