Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Lim Kok Wing.

KUALA LUMPUR – Pengasas Universiti Limkokwing, Tan Sri Lim Kok Wing ketika ini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan kerana jatuh di kediamannya baru-baru ini.

Presiden Kanan Universiti Limkokwing, Datuk Gail Phung berkata, Kok Wing yang juga seorang tokoh korporat tersohor telah dimasukkan ke hospital selepas terjatuh.

Kenyataan itu sekali gus menafikan khabar angin kononnya Kok Wing telah meninggal dunia kerana jangkitan Covid-19.

“Beliau sedang menerima rawatan. Kami ingin maklumkan kepada semua bahawa beliau berada dalam keadaan stabil dan memerlukan masa serta privasi untuk pulih sepenuhnya,” kata Gail Phung. -MalaysiaGazette