Mangsa dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan susulan kemalangan dua LRT dari arah Gombak dan Kelana Jaya bertembung di Stesen LRT KLCC, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 24 MEI 2021.

KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) kesal dengan insiden pertembungan dua tren di Laluan Kelana Jaya berhampiran KLCC, malam tadi.

Syarikat pengendali perkhidmatan awam darat terbesar di Malaysia itu akan terus memantau perkembangan penumpang yang terlibat serta memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

Menurut syarikat itu lagi, perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh tiga hari selepas semua kerja-kerja pembersihan dan pemulihan selesai.

Artikel berkaitan: LRT Laluan Kelana Jaya beroperasi seperti biasa

Keluarga Mangsa LRT Setia Menunggu di Perkarangan HKL

Keadaan Penumpang LRT Ketika Diusung Keluar Dari Kemalangan Tren

Penumpang cedera, tren brek mengejut

Prasarana juga katanya telah mengambil langkah proaktif dengan menjalankan kerja-kerja sanitasi di Stesen KLCC serta di kawasan sekitarnya bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

Dalam satu kenyataan berasingan, Prasarana memaklumkan pihaknya sedang membuat penyenaraian barang-barang yang telah ditinggalkan penumpang dalam kejadian tersebut.

Para penumpang terlibat boleh menghubungi syarikat itu melalui Talian Krisis di 014 737 1330 atau hantarkan email ke [email protected].

Bagi pengguna perkhidmatan Rapid KL secara amnya, mereka kini boleh merancang perjalanan mereka dengan lebih mudah, menggunakan aplikasi ‘PULSE’ yang boleh dimuat turun melalui melalui ‘Google Play Store’ atau ‘Apple App Store’.- MalaysiaGazette

 

LRT bertembung: 6 kritikal, 3 daripadanya guna alat bantuan pernafasan