Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya masih beroperasi seperti biasa bermula jam 6 pagi tadi dengan menggunakan satu landasan (single track) serta disokong oleh perkhidmatan bas perantara percuma pada waktu puncak.

Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) dalam kenyataannya hari ini berkata, kekerapan tren adalah setiap 10 minit pada waktu puncak dan 30 minit pada waktu selainnya.

Kapasiti penumpang juga dikurangkan kepada 50 peratus susulan pengumuman kerajaan berhubung langkah-langkah lebih ketat dalam pelaksanaan PKP 3.0.

Jadual kekerapan tren LRT yang disediakan Prasarana Malaysia Bhd.

Dengan itu, para penumpang dijangka perlu menunggu dengan lebih lama berbanding biasa.

Katanya, bagi melancarkan pergerakan para penumpang pada waktu puncak, lima buah bas perantara dua tingkat percuma, dengan kekerapan antara 15 hingga 20 minit, turut disediakan untuk membawa penumpang ke mana-mana stesen di antara Stesen Pasar Seni dan Stesen Ampang Park.

b) Pelan Operasi Alternatif LRT Laluan Kelana Jaya.

Menurut kenyataan itu lagi, kakitangan operasi akan ditempatkan di setiap platform Stesen Pasar Seni sehingga Stesen Ampang Park untuk memantau dan membantu pergerakan penumpang.

Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh tiga hari.- MalaysiaGazette