Perkongsian pengalaman seorang wanita di media sosial yang mendakwa dipukul ketika berada di dalam tren LRT.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita berusia 45 tahun membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul seorang lelaki tidak dikenali ketika berada di dalam tren LRT Laluan Kelana Jaya, 22 September lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, ACP Annas Sulaiman berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa kira-kira jam 6.35 petang pada hari kejadian.

Menurutnya, susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian ini diminta menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat Kes, Insp Sharifah Khadijah Syed Rohani melalui Hotline IPD Wangsa Maju di talian 03-9289 9258 atau 03-9289 9222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, mangsa telah berkongsi pengalaman buruknya menerusi media sosial.

Dakwanya, kejadian itu berlaku semasa dia berada di laluan antara Stesen Dato Keramat dan Jelatek. –
MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here