Najib Razak

KUALA LUMPUR – Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu bekerja lebih keras untuk mengecam media-media antarabangsa yang membuat laporan negatif terhadap Kerajaan Malaysia sejak minggu lepas ekoran lonjakan kes Covid-19 di negara ini.

Datuk Seri Najib Razak berkata, South China Morning Post (SCMP) dari Hong Kong dan media antarabangsa Reuters melaporkan rakyat semakin marah dengan kerajaan sebab keadaan Covid-19 sedang melumpuhkan sistem kesihatan negara dan kerajaan dilihat tidak berani mengambil langkah yang lebih tegas.

Bloomberg pula melaporkan kes baharu Covid-19 bakal ‘meroket’ (naik lagi) dan sukar untuk kerajaan lemah yang lumpuh untuk menyelematkan keadaan pandemik ini dan ekonomi.

”Media Australia Sydney Morning Herald kata keadaan Covid Malaysia menjadi berkali ganda lebih kritikal walaupun kerajaan telah gantung demokrasi dengan darurat,” kata bekas perdana menteri menerusi hantaran di Facebook.

Najib berkata, dengan laporan media begini, dia terfikir-fikir pelabur asing mana yang berani datang ke negara yang sistem kesihatan dan kerajaannya sedang lumpuh serta keadaan Covid-19 tidak terkawal.

”Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu bekerja lebih keras untuk mengecam media-media antarabangsa tersebut supaya elaun dan peruntukan tidak hilang.

”Jangan hanya berkampung di page FB saya sahaja,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast