he Chairman of Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman speaks to the media practitioners after monitoring the situation at the KLCC LRT Station following an accident involving two LRTs from Gombak and Kelana Jaya. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 25 MAY 2021. train collision
he Chairman of Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman speaks to the media practitioners after monitoring the situation at the KLCC LRT Station following an accident involving two LRTs from Gombak and Kelana Jaya. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 25 MAY 2021.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi memberi keterangan kerana ingkar memakai pelitup muka semasa mengadakan sidang media berhubung kemalangan tren di stesen LRT KLCC semalam.

Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner, Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan telah dijalankan selepas video sidang media itu tular di media sosial.

“Kesemua yang terlibat dalam kes ini akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

“Siasatan akan diserahkan ke pejabat Pendakwa Raya apabila siasatan selesai dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohamad Zainal meminta orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara kerana kegagalan berbuat demikian membolehkan tindakan diambil di bawah undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Katanya, siasatan ke atas Tajuddin dijalankan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah dalam kawasan tempatan jangkitan 2021).

Semalam tular Tajuddin tidak memakai pelitup muka semasa mengadakan sidang media, walaupun memakai face shield.

Tindakan beliau itu menjadi persoalan kepada warga maya kerana pemakaian pelitup muka adalah wajib dalam dalam SOP pematuhan mengawal penularan wabak Covid-19. – MalaysiaGazette