Kontena khas yang disediakan di Hospital Selayang untuk menempatkan jenazah atau mayat pesakit Covid-19.

KUALA LUMPUR – Selepas Hospital Sungai Buloh, tiba giliran Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas bagi menempatkan jenazah/mayat pesakit Covid-19.

Perkembangan terbaharu itu dikongsi oleh Kementerian Kesihatan dalam hantaran di laman Facebook.

Kontena khas yang disediakan Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang itu boleh menempatkan 20 jenazah/mayat tambahan memandangkan peti mayat di hospital itu sentiasa penuh.

Ia berikutan kematian akibat wabak Covid-19 di negara ini semakin hari semakin bertambah terutama di Lembah Klang.

Setakat hari ini, 2,491 orang telah menjadi mangsa virus ini termasuk 59 kematian baharu hari ini. – MalaysiaGazette