Penumpang yang memakai topeng muka telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj setelah India membatalkan semua penerbangan dari UK kerana bimbang varian baharu penyakit koronavirus (COVID-19), di Mumbai, India. Foto Agensi

LONDON – Pakar-pakar kesihatan mendedahkan individu berumur bawah 21 tahun lebih terdedah kepada risiko dijangkiti wabak Covid-19 varian India, lapor akhbar Mirror UK.

Pakar Penyakit Berjangkit Kolej Imperial London, Profesor Neil Ferguson berkata, sejumlah data yang dianalisis menunjukkan varian India tersebar dengan lebih pantas dalam kalangan golongan muda.

“Terdapat petunjuk yang me­ngatakan Bahayamereka yang berumur di bawah 21 tahun lebih berisiko dijangkiti varian tersebut berbanding varian lain di Britain,” katanya.

Kes varian India kini menunjukkan peningkatan di Britain termasuk di kawasan seperti Kirklees, Bedford, Burnley, Leicester, Hounslow, Tyneside Utara, Bolton serta Blackburn.

Varian itu dijangka menjadi varian dominan di Britain dan dilihat bakal menggantikan varian Kent.

Saintis-saintis pada masa ini masih memantau data untuk mengetahui tahap kebolehjangkitan varian India.

Jangkaan sebelum ini menetapkan bahawa varian tersebut adalah 20 peratus hingga 30 peratus lebih mudah merebak berbanding virus Covid-19 sedia ada .

Sekiranya data yang dijangka keluar pada hujung minggu ini menunjukkan kadar kebolehjangkitan dan penularan varian India adalah jauh lebih tinggi, keputusan kerajaan Britain untuk menamatkan sekatan koronavirus pada 21 Jun ini mungkin akan ditangguhkan.

Penduduk berusia bawah 21 tahun menjadi kumpulan terakhir menerima suntikan vaksin Covid-19 di Britain pada akhir Julai ini. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast