safieyillias94 Instagram Live IG Live Safiey Illias children sexual grooming Neelofa raya MCO 3.0 SOP TTDI Taman Tun Dr Ismail family Covid-19 vaccine The Kuala Muda District Police Chief said that the nurse who had received Covid-19 vaccination on 12 March died of heart attack yesterday
Foto hiasan

IPOH – Enam individu membabitkan dua pasangan suami isteri dan dua beradik, ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di negeri ini sejak tahun lepas, kata Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Beliau berkata sindiket pengedaran itu juga tumpas dengan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM1.98 juta dalam empat serbuan berasingan di sekitar daerah Ipoh pada Rabu dan Khamis lepas.

Menurutnya, hasil risikan dan maklumat yang diterima, dalam serbuan pertama, pihaknya menahan seorang lelaki berumur 32 tahun di tempat letak kereta di sebuah kondominium di Kampung Simee di sini pada 2.30 petang, Rabu.

“Susulan penahanan lelaki tersebut, pada hari yang sama polis melakukan tiga serbuan berasingan di tiga rumah di Kampung Simee, Tambun dan Bercham di sini dan menahan tiga individu termasuk dua wanita berumur lingkungan 26 hingga 32 tahun.

“Polis turut melakukan dua serbuan di sekitar kawasan Bukit Merah dan Kampung Rapat di sini pada 5.10 petang semalam serta menahan dua lelaki berumur 27 dan 34 tahun,” katanya pada sidang media di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak hari ini.

Mior Faridalathrash berkata hasil serbuan itu membawa kepada rampasan kira-kira 5.46 kilogram dadah bernilai RM1,983,993.

Menurutnya, turut disita lima kenderaan iaitu Toyota Harrier, Toyota Estima, Toyota Camry, Honda Civic serta sebuah motosikal jenis Kawasaki Versys serta barangan kemas dan empat utas jam tangan yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM262,596.

“Suspek pertama berumur 32 tahun direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 2 Jun manakala lima lagi suspek direman selama empat hari bermula semalam hingga 30 Mei ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Mior Faridalathrash berkata dua suspek berumur 27 dan 34 tahun mempunyai rekod lampau berkaitan dadah manakala hasil ujian air kencing ke atas kesemua suspek mendapati hanya seorang suspek sahaja yang positif.

Beliau berkata keseluruhan dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada 110,000 pengguna dadah untuk pasaran tempatan.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast