Gambar Hiasan. foto MOHD ADZLAN, 13 JANUARI 2021.

KOTA KINABALU – Jumlah mangsa banjir di Beaufort kekal 88 orang membabitkan 22 keluarga pagi ini dan kesemuanya berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan semua mangsa banjir itu ditempatkan di PPS Dewan DSP Mohd Dun Banir, Beaufort.

“Pihak kami sedang memantau situasi banjir di Beaufort bagi memastikan keadaan selamat sebelum membenarkan mangsa banjir pulang ke rumah,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Banjir yang melanda sejak 20 Mei lepas akibat hujan lebat berterusan itu menjejaskan 47 kampung di Tenom dan 75 kampung di Beaufort. – Bernama