Jika semalam kes positif Covid-19 mencatatkan sebanyak 9,020 kes, jumlah itu menurun lebih 2,000 hari ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jika semalam kes positif Covid-19 mencatatkan sebanyak 9,020 kes, jumlah itu menurun lebih 2,000 hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini, sebanyak 6,999 kes direkodkan hari ini dengan 2,477 daripadanya direkodkan di Selangor.

Pecahan setiap negeri ialah Selangor sebanyak 2,477 kes, Sabah (190); Kuala Lumpur (616); Johor (433); Sarawak (513); Pulau Pinang (248) dan Kelantan (612).

Negeri Sembilan pula mencatatkan sebanyak 468 kes; Perak (212); Kedah (422); Melaka (202); Pahang (239); Terengganu (214);  Labuan (133); Putrajaya (13) dan Perlis (7).

Semalam, Selangor menjadikan negeri yang mencatatkan kes tertinggi dengan 2,836 kes diikuti Kelantan (907 kes), Negeri Sembilan (898 kes) dan Kuala Lumpur (789 kes).

Selain kes tert‌inggi direkodkan semalam, kes kematian juga didapat tertinggi dengan 98 mangsa terkorban ekoran positif Covid-19.- MalaysiaGazette

BERITA LANJUT MENYUSUL..

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast