Foto The Independent.

PORTUGAL – Skuad muda Chelsea mencipta sejarah apabila menjulang Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat kali kedua hasil gol tunggal, Kai Havert menerusi dalam kemenangan 1-0 ke atas Manchester City, awal pagi tadi.

Kemenangan itu meranap impian pengendali City, Pep Guardiola untuk menjulang trofi itu buat kali ketiga dalam kariernya.

Havertz menewaskan Ederson untuk memecah kebuntuan tiga minit sebelum rehat aksi final di Estadio do Dragao.

Chelsea kendalian Thomas Tuchel mengekalkan kelebihan itu sehingga tamat permainan yang menyaksikan City kehilangan kaptennya Kevin De Bruyne akibat kecederaan.

Minggu lalu, kelab London itu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga keempat, 19 mata di belakang City yang muncul juara.

Chelsea turut memusnahkan impian City untuk memenangi treble domestik apabila menyingkirkan mereka di separuh akhir Piala FA dan menangguhkan kejuaraan liga dengan kemenangan di Manchester.

Kini di Porto, Chelsea sekali lagi mengecewakan City untuk menjulang trofi UCL buat kali pertama.

City terpaksa menunggu 13 tahun selepas diambil alih oleh Sheikh Mansour dari Abu Dhabi untuk menjejak kaki ke pentas final Liga Juara-Juara.

Mereka adalah pasukan kelapan berturut-turut yang tewas pada penampilan pertama di final seperti yang menimpa Paris Saint-Germain musim lalu dan Tottenham Hotspur ketika tewas kepada Liverpool pada tahun 2019.

Chelsea juga tewas ketika kali pertama mereka ke final, menerusi penentuan penalti bertemu Manchester United di Moscow pada tahun 2008. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast