LONDON – Kapten Manchester City, Kevin de Bruyne terus dirundung malang selepas patah hidung dan cedera di matanya pada final Liga Juara-Juara yang menyaksikan kelabnya tewas 0-1 kepada Chelsea, semalam.
Bintang Belgium itu kini berdepan risiko tidak dapat beraksi untuk Kejohanan Euro 2020.
Pemain berusia 29 tahun itu mengalami kecederaan terbabit selepas bertembung dengan pertahanan Chelsea, Antonio Rudiger.
Selepas insiden itu, De Bruyne tidak dapat bangun dan kelihatan tidak selesa serta terpaksa dikeluarkan.
Sebelum itu, pasukan perubatan City terus meluru ke dalam padang dan Kyle Walker dilihat melutut di sebelah De Bruyne ketika dia menerima rawatan.
Nasib De Bruyne untuk beraksi pada kejuaraan Euro samar memandangkan saingan itu akan bermula dua minggu lagi dan aksi pertama Belgium menentang Russia pada 12 Jun. – MalaysiaGazette